 Sayyid
 Muhammad bin Alawi Al-Maliki ialah salah seorang ulama Islam yang 
terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulama yang paling dihormati dan 
dicintai di kota suci Makkah.
Sayyid
 Muhammad bin Alawi Al-Maliki ialah salah seorang ulama Islam yang 
terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulama yang paling dihormati dan 
dicintai di kota suci Makkah.
Beliau
 merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu 
Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, 
ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang 
yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath. 
Menziarahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulama yang 
menziarahi Makkah.
Keluarga
Keturunan
 Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan
 Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau 
merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang
 merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu 
Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.
Keluarga 
Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan
 telah melahirkan alim ulamak besar di Makkah, yang telah mengajar di 
Makkah berkurun lama.
Lima orang dari keturunan Sayyid Muhammad, 
telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram Makkah. Datuk beliau, 
Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi Makkah dan khatib 
di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika pemerintahan 
Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan 
tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud 
sangat menghormati beliau. Riwayat lanjut beliau boleh dirujuk pada 
kitab Nur An-Nibras fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya 
As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.
Bapa 
beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulamak 
Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu 
Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid 
dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau 
melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka 
telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.
Malah,
 Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah 
melainkan setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah
 meninggal dunia pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan 
yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari 
daripada kematian beliau, Stesyen Radio Saudi tempatan hanya menyiarkan 
bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya 
untuk beliau.
Maklumat
 lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya 
berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi 
bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada 
As-Sayyid Muhammad, As-Sayyid Abbas Al-Maliki. As-Sayyid Abbas juga 
seorang ulamak, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca 
Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi ini mengandungi 
tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulamak dari seluruh dunia Islam.
Keluarga
 Maliki juga telah melahirkan ramai lagi ulamak lain, tetapi penulis 
hanya menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat 
lanjut, rujuk tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamaknya di 
abad-abad mutakhir. 
Kelahiran dan Pendidikan Awal

As-Sayyid
 Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada 
tahun 1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang
 terkenal, keluarga Sayyid yang melahirkan ulamak tradisi.
Beliau
 amat beruntung kerana memiliki bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang 
ulama paling berilmu di Makkah. Bapa beliau merupakan guru pertama dan 
utama beliau, mengajar beliau secara peribadi di rumah dan juga di 
Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran sejak kecil.
Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau.
Pendidikan LanjutDengan
 arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai 
ilmu turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw 
dan lain-lain, di tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta 
Madinah. Kesemua mereka telah memberikan ijazah penuh kepada beliau 
untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada orang lain. 
 
Ketika
 berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab 
Hadith dan Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan 
arahan guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah 
kelahirannya Makkah, beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di 
Universiti Al-Azhar As-Syarif. Beliau menerima ijazah PhD daripada 
Al-Azhar ketika berusia 25 tahun, menjadikan beliau warga Arab Saudi 
yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD dari Al-Azhar. Tesis beliau
 berkenaan Hadith telah diiktiraf cemerlang dan menerima pujian yang 
tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu, seperti Imam Abu 
Zahrah. 
Perjalanan Mencari Ilmu
Perjalanan
 menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad 
turut tidak ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk 
menuntut ilmu dari mereka yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir 
dengan banyak ke Afrika Utara, Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak 
untuk belajar dari alim-ulamak yang hebat, bertemu para Wali Allah, 
menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta mengumpul 
manuskrip-manuskrip dan kitab.
Di
 setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, 
dan mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan 
pelajar muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk 
beliau. Kebanyakan mereka telah pun sangat menghormati bapa beliau yang 
alim, dan merupakan satu kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.
Ijazah-ijazah 
Sistem
 pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan 
untuk menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka
 yang memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal 
sahaja yang boleh mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab 
Hadith, Feqh, Tafsir dan lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian
 riwayat yang bersambung sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri
 melalui anak-anak muridnya dan seterusnya anak-anak murid mereka. 
Banyak sanad-sanad yang penting, seperti sanad Al-Qur’an, Hadith dan 
Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam.
 
Sayyid
 Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan 
ijazah terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad 
terpendek atau terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi 
Wasallam. 
Di
 Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, 
As-Sayyid Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak 
teragung di zamannya, di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau 
sendiri, yang beliau berikan kepada murid-muridnya adalah antara yang 
paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan anak-anak muridnya 
dengan sejumlah besar para ulamak agung. 
Para
 Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka 
merupakan ulamak besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan 
sebahagian mereka:
Dari Makkah: 
1) Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas al-Maliki 
2) Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki 
3) Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
4) Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani
5) Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
6) Shaykh Muhammad Nur Sayf
7) Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
8) Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
9) Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
11) Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
12) Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
13) Shaykh Abd-Allah al-Lahji 
Dari Madinah:
1) Shaykh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
2) Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
3) As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
4) Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
5) Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
6) Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi 
Dari Hadramawt dan Yaman:
1) Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
2) Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
3) Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
4) Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
5) Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab 
6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
7) Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal 
8) Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
10) Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
11) Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf 
Dari Syria:
1) Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria 
2) Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
3) Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘e
4) Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
5) Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
6) Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
7) Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i 
Dari Mesir:
1) Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
2) Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
3) Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
4) Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
5) Shaykh Muhammad al-‘Aquri
6) Shaykh Hasan al-‘Adawi
7) Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
8) Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar 
Dari Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan Tunisia):
1) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
2) Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
3) Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
4) As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
5) Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
6) Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri 
7) Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
8) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani 
Dari Sudan:
1) Shaykh Yusuf Hamad An-Nil 
2) Shaykh Muddassir Ibrahim 
3) Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
4) Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah 
Dari Rantau Indo-Pak:
1) Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
2) Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
3) Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
7) Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
8) Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi 
Senarai
 ini hanya merupakan ulamak masyhur yang Syaikh kita telah mendapat 
ijazah darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. 
Pada As-sayyid Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik 
dari para Masyaikh ini dalam pelabagai latarbelakang dan pengkhususan.
Karier Mengajar

Kalimah
 karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk 
menggambarkan aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini 
amat hampir kaitannya dengan keuntungan material. Sementara beliau, 
seperti mana Masyaikh tradisi yang lain, juga seperti keturunannya 
sebelum beliau, mengajar hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan 
keuntungan material langsung. 
 
'
Malahan,
 beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, 
menyediakan untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab 
serta segala keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta 
mengikuti peraturan dan etika penuntut ilmu agama yang suci. 
Pelajar-pelajar ini biasanya menetap bersama beliau bertahun-tahun 
lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam, dan seterusnya kembali 
ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah menuntut di 
kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan kerohanian 
di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman dan 
Dubai. 
Bagaimanapun 
apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian
 Islam di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah 
mengajar sejak tahun 1970.
Pada tahun 1971, sebaik bapanya meninggal 
dunia, para ulamak Makkah meminta beliau untuk menggantikan tempat 
bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas 
menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari 
seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. 
Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di 
kedua-dua Tanah Haram. 
Bagaimanapun
 pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya 
di Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, 
memandangkan fatwa dari sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang 
menganggap kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan 
mereka. 
Sejak
 itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan 
Tasawwuf di rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, 
Makkah. Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri 
tidak kurang daripada 500 orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada 
Universiti menghadiri pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam 
sebelum beliau meninggal dunia, majlisnya dipenuhi penuntut. 
Sayyid
 Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan 
selalu diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang 
penting. Beliau juga dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur’an 
antarabangsa di Makkah selama tiga tahun berturut-turut.
Tulisan Beliau 

Sayyid
 Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan 
hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik 
agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya 
dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang 
dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi 
Islam di seluruh dunia. 
 
Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:
Aqidah:
1) Mafahim Yajib an Tusahhah
2) Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3) At-Tahzir min al-Mujazafah bit-Takfir
4) Huwa Allah
5) Qul Hazihi Sabeeli
6) Sharh ‘Aqidat al-‘Awam 
Tafsir:
1) Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2) Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4) Hawl Khasa’is al-Quran 
Hadith:
1) Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3) Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi 
4) Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik 
Sirah:
1) Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2) Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3) ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif 
4) Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5) Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah 
6) Zikriyat wa Munasabat
7) Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra 
Usul:
1) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2) Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3) Mafhum at-Tatawwur wa altTajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah 
Fiqh:
1) Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha 
2) Labbayk Allahumma Labbayk
3) Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn as-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4) Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5) Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6) Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Insaf 
Tasawuf:
1) Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2) Abwab al-Faraj
3) Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar 
4) Al-Husun al-Mani‘ah 
5) Mukhtasar Shawariq al-Anwar 
Lain-lain:
1) Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2) Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3) Silatu Riyadhah Biddin (Hubungan Sukan dengan Agama)
4) Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5) Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7) Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8) Kashf al-Ghummah (Ganjaran Membantu Muslimin)
9) Ad-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10) Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12) Usul at-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi) 
13) Nur an-Nibras fi Asanid al-Jadd as-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14) Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15) Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16) Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah) 
Senarai
 di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan
 dan diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan 
juga yang belum dicetak.
Kita juga tidak menyebutkan banyak 
penghasilan turath yang telah dikaji, dan diterbitkan buat pertama kali,
 dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara 
keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.
Banyak hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.
Aktiviti lain

Sayyid
 Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian 
Islam yang sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah 
dan Amerika, menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul 
terakhir-Nya Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.
Di Asia Tenggara 
khasnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan dan 
membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah 
Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam
 di tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di 
wajahnya. 
 
Ke mana 
sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat 
tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali 
memberi ceramah kepada ratusan ribu manusia. 
Beliau
 amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan 
sahaja kerana beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya 
yang luas, hikmahnya, akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat 
terkenal amat pemurah dengan ilmu, kekayaan dan masanya.
Pendekatan

Sayyid
 Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti 
Islam, jalan Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, 
pengetahuan dan kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian. 
 
Beliau
 percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, 
tetapi tanpa fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan 
Awliyak agung yang lepas.
Beliau menentang sikap sewenang-wenangnya 
mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan Musyrik, yang telah menjadi 
tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini.
Beliau amat 
menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad 
ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu 
menggunakan nama Islam yang suci. 
Beliau
 juga memahami bahawa mencela kesemua Ash’ari, atau kesemua Hanafi, 
Syafi’e dan Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh 
sebahagian fahaman hari ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah
 Islam ribuan tahun yang lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan
 musuh Islam, dan bukannya rakan. 
Sayyid
 Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak – ulamak Mazhab yang agung
 - mengikuti Sunni-Sufi - sejak beratus tahun yang lalu, adalah 
penghubung kita kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang 
antara keduanya dengan kita, seperti yang dipercayai sesetengah pihak. 
Kefahaman
 yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang 
berasaskan tafsiran para ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan 
para ekstrimis zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum 
mencela majoriti Muslim di seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga 
berpendapat majoriti ummah ini adalah baik. Kumpulan-kumpulan minoriti 
yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman ekstrim mereka.
Sayyid
 Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi
 para Awliya’ agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan 
mahaguru kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan 
kebanyakan peraturan kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah 
yang agung. 
Beliau 
turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau
 berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua 
pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang. 
Sayyid
 Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil 
yang ada untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, 
masyarakat dan juga material, dan tidak membuang masa yang berharga 
dengan berbalah pada perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak 
seharusnya mencela satu sama lain dalam perkara yang telah diselisihkan 
oleh para ulamak. Mereka sebaliknya perlu berganding bahu bersama untuk 
memerangi apa yang telah disepekati sebagai kejahatan dan dosa. 
Pandangan
 dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang 
terkenal, Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu 
Diperbetulkan), sebuah buku yang mendapat penghargaan meluas di seluruh 
dunia Islam dan diiktiraf tinggi di lingkaran para ulama.
Penutup

Tidak
 diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat 
ummah ini. Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad 
Sallahu Alaihi Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. 
Masyarakat Makkah dan Madinah teramat mencintai beliau seperti mana 
dilihat pada solat jenazah beliau.
Siapa sahaja yang pernah 
menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota suci Makkah 
sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut yang 
menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal 
erti takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik 
kepayahan kerana kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah 
kelihatan sentiasa bersama dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. 
Ameen. 
 
Maklumat lanjut
 kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat 
bertajuk, Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan 
terkenal Makkah, Dr Zuhayr Kutbi.
Pemergiannya

Beliau
 telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian 
dengan doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan 
berpuasa di rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan. 
 
Benar,
 ia adalah satu kehilangan yang besar. Ucapan takziah diucapkan dari 
seluruh dunia Islam. Solat jenazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk 
dunia. 
Beliau telah 
pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat. Saya adalah antara yang 
menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan oleh adiknya
 As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam Subayl). 
Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang 
menangis dan sangat bersedih. Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat
 dilupakan. Allahu Akbar.
Betapa hebatnya beliau, betapa besarnya
 kehilangan ini. Betapa ramainya yang menyembahyangkannya. Saya tahu 
mata saya tidak pernah menyaksikan seorang sepertinya. Seorang yang amat
 dicintai oleh masyarakat seperti beliau, seorang ulama yang berkaliber 
dan berpengetahuan serta berhikmah. 
Terdapat
 sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab 
Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang 
menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan 
Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi 
Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan. 
Beliau
 disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah 
Khadijah. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang
 pelajar lamanya di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia
 akan datang ke Makkah pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, 
Sayyid Muhammad bertanya pula, "tidakkah engkau mahu menghadiri 
penegebumianku?" 
 Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat. Apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya. Seluruh dunia
 Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat
 yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya 
Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Amin.Sumber:- Sejarah Ringkas As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani (Rahmatullahi Alaih oleh muridnya, Fakhruddin Owaisi Al-Madani- http://aljoofre.blogdrive.com
Tepat sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat. Apakah lagi bukti yang diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya. Seluruh dunia
 Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau tempat
 yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya 
Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Amin.Sumber:- Sejarah Ringkas As-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani (Rahmatullahi Alaih oleh muridnya, Fakhruddin Owaisi Al-Madani- http://aljoofre.blogdrive.com