Al Habib Alwi bin Ali Al Habsyi pendiri Masjid ar-Riyadh Solo (Surakarta)
Habib Alwi bin Ali Al-Habsyi ialah seorang ulama dan dai yang masyhur. Beliau merupakan anak bungsu kepada Habib Ali bin Muhammad
Al-Habsyi pengarang maulid ‘Simthud Durar’ yang masyhur. Beliau juga
pendiri Masjid ar-Riyadh di Kota Solo (Surakarta). Beliau dikenali
sebagai peribadi yang amat
luhur budi pekertinya, lemah-lembut, sopan – santun serta ramah tamah
terhadap sesiapa pun terutama kaum yang lemah, fakir miskin, yatim
piatu dan sebagainya. Rumah kediamannya selalu terbuka bagi para tetamu
daripada berbagai golongan dan tidak pernah sepi dari pengajian. Beliau meninggal dunia pada 20 Rabiulawal 1373H dan dimakamkan di Kota Surakarta. Tempat beliau selepas itu digantikan anakandanya Habib Anis bin Alwi bin Ali bin Muhammad Al-Habsyi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar