Beliau adalah Habib Abdullah bin Ali bin Hasan bin Husain bin Ahmad bin Hasan bin Shohibur Ratib Habib Abdullah al-Haddad.
Dilahirkan
pada tanggal 2 Shafar al-Khair 1261 H di Kota Hawi, Tarim, Hadhramaut.
Habib Abdullah bin Ali al-Haddad (Habib Sangeng) lahir dalam keluarga
yang kuat berpegang dengan agama, keluarga keharuman ahlul bait dan
kewalian semerbak mewangi. Sejak kecil beliau dididik dan diasuh sendiri
oleh ayahanda beliau sehingga dalam usia kecil tersebut beliau telah
hafal al-Quran.
Beliau juga berguru kepada banyak ulama besar di Hadhramaut, di antara guru beliau adalah:
- Habib Abdurrahman al-Masyhur (mufti Hadhramaut, pengarang kitab Bughyatul Mustarsyidin)
- Habib Umar bin Hasan al-Haddad
- Habib Aidrus bin Umar al-Habsyi (pengarang kitab Iqdul Yawaaqit)
- Habib Muhsin bin Alwi as-Saqqaf
- Habib Muhammad bin Ibrahim BilFaqih
- Habib Thahir bin Umar al-Haddad
- Syaikh Muhammad bin Abdullah BaSaudan
- Habib Ahmad bin Muhammad al-Muhdhar;
Pada
tahun 1295 H, berangkatlah beliau menuju ke Haramain untuk menunaikan
ibadah haji. Di kota Makkah, beliau tinggal di kediaman al-Habib
Muhammad bin Husain al-Habsyi, ayahanda Shohibul Maulid Habib Ali bin
Muhammad al-Habsyi, yang berada di daerah Jarwal. Di sana keduanya
saling mengisi dengan membaca bersama-sama kitab-kitab agama. Pada saat
di kota Madinah, beliau bertemu dengan asy-Syaikh Muhammad Abdul Mu'thi
bin Muhammad al-'Azab, seorang faqih dan pakar bahasa dan kesusasteraan
Arab, serta pengarang kitab Maulid al-'Azab. Di sana juga keduanya
saling mengisi dengan saling memberikan ijazah. Di Kota Madinah juga,
kemuliaan dan ketinggian maqam beliau tersingkap ketika Mufti Haramain,
Sayyid Umar Syatha datang kepada beliau dan sangat memuliakan beliau.
Diceritakan bahwa sebelumnya, Sayyid Umar telah bermimpi bertemu
kakeknya, Nabi saw. yang memerintahkan beliau untuk mengunjungi Habib
Abdullah bin Ali al-Haddad dan Nabi saw. memaklumi bahwa Habib Abdullah
al-Haddad ini adalah cucunya yang istimewa.
Pada
tahun 1297 H, beliau hijrah ke negeri Melayu dalam rangka berdakwah.
Tempat yang pertama kali beliau tuju adalah Singapura, kemudian beliau
menuju ke Johor. Di Johor beliau tinggal selama 4 tahun. Setelah itu
beliau meneruskan perjalanan dakwahnya ke pulau Jawa. Sampailah beliau
di daerah Betawi. Beliau lalu meneruskan perjalanan ke kota Bogor, Solo
dan Surabaya. Beliau tidak tertarik tinggal di kota-kota tersebut,
walaupun diajak penduduk setempat untuk menetap di kotanya.
Sampai
akhirnya pada tahun 1301 H, tepatnya akhir Syawal, beliau tiba di kota
Bangil. Di sanalah beliau menemukan tempat yang cocok untuk menetap dan
berdakwah. Mulailah beliau membuka majlis taklim dan rauhah di kediaman
beliau di kota Bangil. Beliau juga mengembangkan dakwah Islamiyyah di
daerah-daerah lain di sekitar kota Bangil. Di sana juga beliau
mengamalkan ilmunya dengan mengajar kepada murid-murid beliau.
Keberadaan beliau di kota Bangil banyak membawa kemanfaatan bagi
masyarakat di kota tersebut. Tidak jarang pula, masyarakat dari luar
kota datang ke kota itu dengan tujuan untuk mengambil manfaat dari
beliau. Di antara murid-murid beliau yang menjadi ulama dan kiyai besar
adalah:
- Kiyai Kholil Bangkalan
- Kiyai Zayadi
- Kiyai Husein
- Kiyai Mustafa
- Kiyai Muhammad Thahir
- Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar (Bondowoso)
- Habib Alwi bin Muhammad al-Haddad (Bogor)
- Habib Ali bin Abdurrahman al-Habsyi (Habib Ali Kwitang)
- Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar (Banyuwangi)
Beliau mengarang beberapa karya tulis, di antaranya ialah:
- Hujjatul Mukminin fi at-Tawassul bi Sayyidil Mursalin
- Maulidil Haddad, nadzam maulid Junjungan Nabi saw.
Habib
Abdullah bin Ali al-Haddad adalah seorang yang sangat pemurah dan
sangat memperhatikan para fakir miskin. Bahkan setelah bermukim di Kota
Bangil, beliau bukan hanya mengayomi keluarga dan murid-muridnya bahkan
banyak keluarga miskin yang berada di sekitarnya dibiayai pada setiap
bulan untuk kebutuhan sehari-harinya. Pada waktu malam hari, ketika
orang tidur, beliau akan berkeliling di sekitar Kota Bangil untuk
mencari orang yang membutuhkan bantuan.
Habib
Abdullah adalah orang yang tidak suka dengan kemasyhuran. Beliau tidak
suka difoto atau dilukis. Beberapa kali dicoba untuk difoto tanpa
sepengetahuan beliau, tetapi foto tersebut tidak jadi atau rusak. Beliau
adalah seorang yang mempunyai sifat tawadhu'. Beliau selalu menekankan
kepada para muridnya untuk tidak takabbur, sombong dan riya. Dakwah yang
beliau jalankan adalah semata-mata hanya mengharapkan keridhaan Allah
swt. Dan inilah bendera dakwah beliau yang tidak lain mengikuti jalan
yang telah ditempuh oleh para pendahulunya.
Beliau
Habib 'Abdullah bin 'Ali al-Haddad wafat pada hari Jum'at, 15 Shafar
1331 H, sesudah melaksanakan shalat Ashar, dan jasad beliau dimakamkan
di daerah Sangeng, Bangil.
*********************************************
Qasidah karangan Habib Sangeng
Dikatakan
bahwa bait-bait istighatsah ini adalah mujarrab sebagai wasilah untuk
menarik rezeki, menyembuhkan penyakit, menolak bala`, fitnah, pancaroba,
waba' dan kejahatan musuh. Boleh dibaca setiap malam sesudah membaca
ratib
Qasidah karangan Habib Sangeng
Tidak ada komentar:
Posting Komentar